Bengkel Hala Tuju Dan Pengukuhan BHEP | Student Affairs Division
» NEWS » Bengkel Hala Tuju dan Pengukuhan BHEP

Bengkel Hala Tuju dan Pengukuhan BHEP

25 November 2021, Serdang - Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menganjurkan Bengkel Hala Tuju dan Pengukuhan BHEP yang diadakan selama dua hari iaitu pada 24 - 25 November 2021 bertempat di Foyer Dewan Taklimat UPM.
 
 
Bengkel yang telah dihadiri oleh barisan pegawai dan staf BHEP ini diadakan khusus untuk membuat
perancangan dan program-program yang bakal dijalankan pada tahun 2022. Di samping itu, bengkel ini juga dapat memberi panduan kepada setiap staf dan pegawai BHEP untuk menentukan sasaran kerja tahunan seiring dengan Pelan Strategik HEPA yang telah dibangunkan.
 
 
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Nuruliman Ibrahim turut menyampaikan hasrat beliau agar
pengurusan BHEP pada tahun hadapan dapat dipertingkatkan lagi terutama dalam mengendalikan isu-isu kebajikan pelajar, keperluan pelajar OKU, perkhidmatan pengangkutan dan pemerkasaan bakat pelajar dalam semua bidang untuk melahirkan watak pelajar yang berdaya tahan dalam mendepani cabaran mendatang.
 
 
Selain daripada itu, beliau juga menyarankan kepada semua peserta bengkel agar dapat memberi input dan cadangan-cadangan yang terbaik dan berfokus dalam menambah baik perkhidmatan BHEP kepada
universiti dan kepada pelajar khususnya.
Antara slot yang diadakan pada bengkel in adalah pengukuhan pengurusan kewangan,
penambahbaikan SKT staf dan pegawai di dalam sistem ELPPT, pembangunan takwim tahunan dan cadangan pelan strategik BHEP seiring dengan PUTRA HEPA yang mencakupi semua sudut dan kriteria serta kluster-kluster di dalam pencalonan Anugerah Tokoh Siswa KPT.
 
 

Date of Input: 29/11/2021 | Updated: 29/11/2021 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
CVBUVAK:21:25