Bantuan Keperluan Asas Daripada KOOPNITA & Berjaya Cares Foundation Dalam Program We Care 4 U 3.0 Untuk Pelajar UPM | Student Affairs Division
» NEWS » Bantuan Keperluan Asas daripada KOOPNITA & Berjaya Cares Foundation dalam program " We Care 4 U 3.0 " untuk pelajar UPM

Bantuan Keperluan Asas daripada KOOPNITA & Berjaya Cares Foundation dalam program " We Care 4 U 3.0 " untuk pelajar UPM

Pelajar UPM Menerima Bantuan Keperluan Asas daripada Koperasi Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (KOOPNITA) & Berjaya Cares Foundation dalam program " We Care 4 U 3.0 "
 
 
Pada 23 November 2021 - YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan majlis perasmian program “We Care 4 U 3.0” anjuran Koperasi Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (KOOPNITA) bersama Berjaya Cares Foundation di Kuala Lumpur.
 
 
Pelbagai sumbangan yang telah diberikan kepada pelajar UPM khususnya iaitu spek mata, pakaian dan makanan harian. Seramai 5 pelajar UPM yang hadir bagi mewakili simbolik penyerahan bantuan tersebut bersama Prof.Dr. Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM.
Kami dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur atas bantuan yang diberikan ini kepada pelajar secara tidak langsung mampu meringankan beban pelajar yang terjejas.
 
 

Date of Input: 26/11/2021 | Updated: 26/11/2021 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
CVBUWAv:22:12