95 PELAJAR TERIMA WATIKAH PELANTIKAN JPMPP UPM SESI 2023/2024 | Student Affairs Division
» NEWS » 95 PELAJAR TERIMA WATIKAH PELANTIKAN JPMPP UPM SESI 2023/2024

95 PELAJAR TERIMA WATIKAH PELANTIKAN JPMPP UPM SESI 2023/2024

 

95 PELAJAR TERIMA WATIKAH PELANTIKAN JPMPP UPM SESI 2023/2024

8 Januari 2024 - Seramai 95 ahli Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) baharu yang diketuai oleh Jose Daniel Ingom Anak Johnny menerima watikah pelantikan masing-masing, bagi sesi 2023/2024. Penyerahan watikah perlantikan itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu di Dewan Taklimat UPM.

Timbalan Naib Canselor (HEPA) dalam ucapannya berharap dengan adanya jawatankuasa ini, proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM bagi Sesi 2023/2024 berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Beliau juga meminta supaya semua ahli JPMPP yang dilantik menjalankan tanggungjawab dengan bijaksana dan penuh dedikasi tanpa ada sikap rasis dan pilih kasih.

Turut hadir bersama ke majlis adalah Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat TNC(HEPA) dan Puan Noraihan Noordin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

 

Date of Input: 10/01/2024 | Updated: 10/01/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcBAl~