11 ORANG PENGAKAP KELANASISWA UPM DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA 2019 | Student Affairs Division
» NEWS » 11 ORANG PENGAKAP KELANASISWA UPM DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA 2019

11 ORANG PENGAKAP KELANASISWA UPM DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA 2019

UPM Serdang – Seramai 11 orang dari ahli-ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa (KLKM) Universiti Putra Malaysia yang dipimpin oleh Pesuruhjaya & Penasihat Daerah KLKM UPM, Prof. Dr. Paramasivam Muthusamy telah berjaya memperoleh Anugerah Antarabangsa antaranya Baden Powell Award (BPA), Scouts of the World Award (SWA), World Scout Environment Programme (WSEP) dan The Duke of Edinburgh’s International Award (ARP) 2019. Anugerah BPA, WSEP & ARP telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Tuan Haji Ishak bin Mohammad Jonid pada 23 November 2019 dalam Istiadat Perbarisan dan Penganugerahan Baden Powell (BP Award) 2019 Peringkat Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Kali Ke-6 Institusi Pengajian Tinggi di Pusat Minda Emas, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Turut bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohammad dalam majlis penyampaian anugerah tersebut. Tambahan, anugerah SWA juga telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Tuan Haji Ishak bin Mohammad Jonid bersama dengan Pesuruhjaya Program Negara, Haji Zulkifli bin Maulud pada hari yang sama di Edu City, Iskandar Puteri, Johor Bharu.

Senarai penerima Anugerah Antarabangsa dari kalangan ahli-ahli KLKM UPM adalah seperti berikut :

1. Mohd Azrol Hafizi bin Azman - Scouts of the World Award (SWA), World Scout Environment Programme (WSEP) dan The Duke of Edinburgh’s International Award (ARP). 

2. Atikah binti Che Ismail - Scouts of the World Award (SWA) & The Duke of Edinburgh’s International Award (ARP).

3. Elesmere Jara Anak Ikom - World Scout Environment Programme (WSEP) dan The Duke of Edinburgh’s International Award (ARP).

4. Nurul Ain binti Sulong - World Scout Environment Programme (WSEP) dan The Duke of Edinburgh’s International Award (ARP).

5. Khairunisa Naiemah bt Mat Rashid - World Scout Environment Programme (WSEP) dan The Duke of Edinburgh’s International Award (ARP).

6. Arunee A/P Udom - World Scout Environment Programme (WSEP) dan The Duke of Edinburgh’s International Award (ARP).

7. Maziatul Husna binti Khairuzaman - World Scout Environment Programme (WSEP) dan The Duke of Edinburgh’s International Award (ARP).

8. Atiqah binti Dollah - Baden Powell Award (BPA), World Scout Environment Programme (WSEP) dan The Duke of Edinburgh’s International Award (ARP).

9. Rosma Ilyana Zakira bt Che Ladin - World Scout Environment Programme (WSEP).

10. Deweswary A/P Selvarajoo - The Duke of Edinburgh’s International Award (ARP).

11. Abdul Latiff bin Kamalal Hashir - Baden Powell Award (BPA).

Oleh : Mohd Azrol Hafizi bin Azman (Penolong Pemimpin KLKM UPM)

Date of Input: 26/11/2019 | Updated: 26/11/2019 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1575794096