MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP UPM SESI 2021/2022 | Student Affairs Division
» ACTIVITIES »

Event Title
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP UPM SESI 2021/2022
Date
11 Apr 2022 - 11 Apr 2022
Time
02.00 - 04.00
Location
UPM
Event Summary
Pelajar Bacelor Sains Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohammad Haziq Zikri Zainuri dipilih sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2021/2022. Mohammad Haziq Zikri menerima simbolik penyerahan watikah pelantikan daripada Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato' Dr. Mohd Roslan Sulaiman, pada Majlis Watikah Pelantikan MPP UPM Sesi 2021/2022 di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra, UPM, di sini. YH. Prof. Dato' Dr. Mohd Roslan Sulaiman dalam ucapannya berharap agar MPP yang telah diberi kepercayaan oleh seluruh warga pelajar UPM supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan penuh dedikasi. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman UPM, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Abdullah Arshad dan Ketua Bahagian, Hal Ehwal Pelajar (BHEP), NurulIman Ibrahim.

Updated:: 26/04/2022 [azhar.mahdzir]

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEdBAB~