Event Title
Bengkel True North TNC(HEPA) Bersama MPP UPM
Date
23 May 2024 - 23 May 2024
Event Summary
Bengkel True North TNC(HEPA) Bersama MPP UPM telah diadakan di Palm Garden Golf Resort,
Putrajaya pada 23 Mei 2024. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan disertai oleh 20 orang MPP sesi 22/23 dan 40 orang MPP sesi 2023/2024.
Menerusi bengkel ini peserta didedahkan dengan kerangka strategik HEPA 2024 dan hala tuju 2025-2050 mengambil kira faktor Penyediaan Bakat, Penyelidikan & Inovasi, Perkongsian & Pemindahan Ilmu, Pengantarabangsaan & Ekosistem Pembolehdaya. Bengkel ini juga menekankan perancangan dan hala tuju HEPA dalam memacu visi dan misi Kementerian Pendidikan Tinggi ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan terunggul di rantau ini.
Updated:: 12/06/2024 [azhar.mahdzir]