KEMPEN KESEDARAN 3R BHEP | Student Affairs Division
» ACTIVITIES » SOIL SCIENCE

Event Title
KEMPEN KESEDARAN 3R BHEP
Date
01 Mar 2024 - 03 Mar 2024
Time
10.00 - 05.00
Location
UPM
Event Summary
UPM Serdang, 1 Mac 2024- Seramai 20 orang kanak-kanak tadika Kuputra UPM berasa teruja melihat sudut ruang GO GREEN BHEP dan tong pengumpulan sisa yang boleh dikitar semula. Kempen ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran di peringkat awal kepada kanak-kanak tentang budaya mengumpul sisa yang boleh dikitar semula untuk mengurangkan longgokan sampah sarap di tempat pelupusan sampah. Ali, 6 tahun berasa teruja melihat botol plastik dan kertas yang dikumpul dengan baik dan bersih di dalam tong kitar semula. Abqari, 6 tahun berasa seronok kerana dapat menyanyikan lagu "Jangan Buang Sampah" oleh siri animasi Didi & Friends. Kempen pengurusan sisa yang betul haruslah dipupuk sejak kecil agar mudah untuk pembudayaan yang lebih berkesan kelak.

Updated:: 31/05/2024 [azhar.mahdzir]

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W, (04:29:30am-04:34:30am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]