Event Title
BHEP MENGANJURKAN KURSUS INDUKSI MPP SESI 2023/2024
Date
06 Jun 2024 - 06 Jun 2024
Event Summary
Seramai 33 peserta terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia sesi 2023/2024 telah mengikuti kursus induksi bertempat di Dewan Foyer Taklimat Serdang.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan penampilan diri pemimpin, pengurusan pentadbiran organisasi, teknik berkomunikasi, pengurusan keselamatan mahasiswa dan personaliti unggul pemimpin sekaligus membentuk jati diri barisan MPP yang dilantik bagi menghadapi cabaran mendatang.
Updated:: 12/06/2024 [azhar.mahdzir]