Program ini turut melibatkan kehadiran 80 orang peserta yang terdiri daripada ahli Perkasa Johor UPM, wakil Majlis Perwakilan Pelajar UPM, wakil Gabungan Anak Johor Kebangsaan (GAJ) dan barisan para pegawai daripada UPM dan MAINJ.
Program dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, merangkap penasihat Perkasa Johor UPM iaitu Encik
Nuruliman Ibn Ibrahim, diikuti ucapan perasmian oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ iaitu Tuan Haji Ismail Bin Haji Abu.
Program diteruskan dengan simbolik penyerahan replika cek Barakah Zakat MAINJ@Kampus yang bernilai RM5,000 kepada saudara
Muhammad Ikram Marozan Presiden Perkasa Johor UPM.
Dalam pada itu, sesi penyerahan 20 unit Laptop sumbangan MAINJ telah dijalankan di mana seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Asnaf dan B40 UPM telah turut terlibat. Seterusnya, simbolik penyerahan Kotak Rezeki Mahasiswa Johor kepada 5 orang mahasiswa Johor juga telah berjaya dijalankan. Kesemua sumbangan daripada pihak MAINJ ini adalah untuk membantu mahasiswa Johor yang kurang berkemampuan sekaligus dapat meningkatkan kualiti pembelajaran mereka dengan lebih baik.
Program MAINJ@Kampus ini turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian ilmu bersama Ikon Belia Johor, Encik Mohd Khailil Bin Razak atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Tido pada jam 10.30 pagi. Pelbagai input yang menarik dan bermanfaat telah dikongsikan kepada semua tetamu yang hadir. Dalam sesi perkongsian beliau juga, Encik Mohd Khailil Bin Razak telah menyatakan bahawa beliau amat gembira dengan inisiatif dan pembaharuan yang telah dibawa oleh pihak MAINJ dalam membantu pendidikan mahasiswa serta berharap agar program seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang.
Pada jam 11.00 pagi, program ini telah melabuhkan tirainya dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar. Semoga dengan program yang telah dianjurkan oleh MAINJ ini mampu menjadi pemangkin semangat kepada para mahasiswa Johor untuk terus gigih menuntut ilmu sekaligus menjadikan diri sebagai seorang mahasiswa yang berkualiti dan mempunyai sikap yang terpuji.
Date of Input: 11/01/2023 |
Updated: 11/01/2023 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING