Kolaborasi dua universiti awam iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam program ‘Look East Policy Student Mobility Program 2024: A Joint Collaboration UPM and USM (Malaysia) & Kyutech (Japan) dari 4 - 19 Mei 2024 merupakan inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), UPM, USM, EMGS dan Kyushu Institute of Technology (KYUTECH), Jepun.
Program julung kali di Kyutech melibatkan dua buah universiti ini terdiri daripada 15 pelajar UPM dan 10 pelajar USM yang mengambil jurusan Kimia Gunaan dan Kejuruteraan Awam. UPM telah menjalinkan jaringan mobiliti pelajar dengan Kyutech melibatkan pertukaran 1,850 pelajar kedua-dua belah pihak sejak tahun 2012.
Date of Input: 07/05/2024 |
Updated: 07/05/2024 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING