SOALAN LAZIM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar
1
Apa yang perlu saya lakukan jika mendapat penaja bagi pinjaman / biasiswa dan adakah terdapat masalah jika saya tidak kemaskini maklumat penaja?

Sekiranya anda mendapat tajaan daripada mana - mana penaja, sila kemaskini maklumat penaja di Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar , Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan membawa surat tawaran daripada penaja dan mengisi borang kemaskini maklumat penaja.Ya, jika anda tidak mengemaskini maklumat penaja, wang penajaan tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun pelajar.

2
Bolehkah saya memohon biasiswa / pinjaman lain sekiranya saya mendapat PTPTN?

Boleh, sekiranya anda mendapat tawaran , anda perlu membatalkan pinjaman PTPTN dengan mengisi borang permohonan pembatalan PTPTN yang boleh dimuat turun daripada laman web PTPTN dan melampirkan salinan surat tawaran penaja baharu. Seterusnya menghantar borang yang telah lengkap kepada Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

3
Sekiranya berlaku sebarang musibah (kemalangan, kebakaran, kecurian, dll) terhadap saya, atau sebarang bentuk bantuan yang diperlukan dengan segera, apakah nombor telefon yang boleh dihubungi?

Saudara/ Saudari boleh menghubungi Kaunter BHEP di 03-9769 6075 atau terus hubungi Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar

4
Sekiranya kemalangan berlaku di luar kawasan universiti, atau luar cuti semester, adakah saya layak untuk membuat permohonan bantuan kebajikan?

Ya, saudara / saudari layak untuk membuat permohonan bantuan kebajikan selagi masih menjadi pelajar UPM yang berstatus aktif


Seksyen Pengurusan Aktiviti Pelajar
5
Bagaimana utk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan seni budaya seperti pengurusan acara kebudayaan, bengkel, kursus, kejurulatihan dan yg berkaitan?

Kami di Seksyen Pengurusan Aktiviti  Pelajar boleh membantu dari segi khidmat nasihat seni budaya yg merangkumi semua aspek dan bidang dalam kebudayaan dan kesenian. 
Boleh terus berhubung dengan pegawai kebudayaan di BHEP atau datang ke pejabat kami di bangunan astaka seni UPM

6
Bagaimana untuk bergiat aktif dalam kebudayaan dan apakah bidang2 kebudayaan yang disediakan di UPM?

Di BHEP terdapat 10 Kelab kebudayaan dan kesenian yang merangkumi pelbagai aliran seperti muzik, tarian, lakonan, seni warisan, lisan tradisional dan banyak lagi yang diselaraskan di bawah seksyen seni budaya dan inovasi pelajar. Kami juga telah menubuhkan Penggiat Seni Putra di mana platform ini menggalakkan semua pelajar di UPM bergiat aktif dalam semua aktiviti kebudayaan dan kesenian yg dianjurkan di pelbagai peringkat. *utk maklumat lanjut bolehla menghubungi kami di talian 0389467522/6072 pejabat unit seni dan budaya , bangunan astaka seni UPM


BANTUAN UPM PRIHATIN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
7
Apakah bantuan UPM Prihatin?

Universiti Putra Malaysia telah menyelaras tujuh jenis bantuan kepada pelajar baharu semester 1 2020/21 bertujuan untuk memberi persekitaran pembelajaran secara dalam talian yang lebih kondusif.  Bantuan UPM Prihatin adalah seperti berikut:

  • Pengecualian Bayaran Penginapan
  • Pengurangan Yuran Kolegiat dan Perkhidmatan
  • Bantuan Pelan Data Dan Peranti
  • Bantuan Kewangan
  • Bantuan Tele-Kaunseling
  • Pembatalan Skim Book Plan
  • Pemulangan Skim Meal Plan
  • 8
    Siapakah yang layak menerima pengecualian bayaran penginapan ini?

    Pengecualian bayaran penginapan diberikan kepada pelajar yang tidak menginap pada semester 1 2020/2021.  Hanya pelajar yang masih menginap sahaja akan dikenakan yuran penginapan bagi tempoh 1 November 2020 hingga 28 Februari 2021.

    9
    Bagaimanakah pengecualian bayaran penginapan pelajar dibuat oleh pihak Universiti?

  • Bagi pelajar prasiswazah tempatan, bayaran balik yuran penginapan untuk semester 1 2020/21 (1 November 2020 – 28 Februari 2021) ini akan dikreditkan ke akaun bank pelajar yang layak secara berperingkat selewat-lewatnya sebelum 31 Disember 2020.
  • Selain daripada pelajar prasiswazah tempatan, pelajar boleh berurusan dengan pihak pengurusan kolej masing-masing bagi urusan bayaran balik atau pelarasan ke tempoh penginapan akan datang.
  • Kemaskini:: 18/12/2020 [msahrizan]

    Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    +603-9769 6075
    +603-9769 2091
    SXDTSAy~