Majlis Silaturahim Aidilfitri 1445H Warga BHEP Dan PTNC(HEPA) | Student Affairs Division
» NEWS » Majlis Silaturahim Aidilfitri 1445H Warga BHEP dan PTNC(HEPA)

Majlis Silaturahim Aidilfitri 1445H Warga BHEP dan PTNC(HEPA)

 
SERDANG, 23 April – Keseronokan dalam meraikan suasana menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Syawal 1445H di kalangan warga kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) dizahirkan melalui Majlis Silturahim Aidilfitri yang berlangsung pada 23 April 2024 bertempat di Ruang Legar BHEP.
 
Majlis dari 10.00 pagi hingga 4.30 petang itu dimulakan dengan ucapan Puan Noraihan Noordin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Majlis diselitkan juga dengan ucapan persaraan daripada Encik Tuan Arkhan iaitu staf BHEP yang telah bersara pada tahun ini.
 
Majlis yang menyediakan pelbagai juadah serta menu raya itu juga menjadi medan merapatkan hubungan silaturahim bagi lapisan warga kerja BHEP dengan pemimpin pelajar. Ia diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan tetamu undangan.
 
Ketua Pentadbiran PTNC(HEPA), Ketua BHEP serta semua staf tidak melepaskan peluang meraikan tetamu dengan beramah mesra sepanjang majlis berlangsung dan bergambar kenangan.
 
   

Date of Input: 06/05/2024 | Updated: 06/05/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXFTLAs~