MENTAKAB, 3 Januari 2022 - Seramai 80 sukarelawan menyertai misi kali ini yang bertempat di Kampung Tanjong Kerayong 3. Antara aktiviti yang dilakukan iaitu membersihkan kawasan surau dan halaman rumah penduduk setempat serta membantu membuang sampah kesan daripada banjir yang berlaku.
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi juga hadir dalam misi ini dan sempat bertemu ramah dengan mahasiswa UPM.
Turut serta dalam misi ini iaitu Prof Dr. Arifin bin Abdu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, En. Shahriman bin Hashim Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM) serta En. Nuruliman bin Ibrahim Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi kali ini. Semoga dapat meringankan beban masyarakat setempat dengan bantuan yang telah diberikan oleh sukarelawan UPM.
Date of Input: 04/01/2022 |
Updated: 04/01/2022 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING