SERDANG, 20 Okt – Kolej Canselor (KC), UPM telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Malam Tunas Budaya (MTB) 2023, diikuti dengan Kolej Sepuluh (K10), UPM sebagai Naib Johan dan Tempat Ketiga disandang oleh Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), UPM.
MTB 2023 yang bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” merupakan program terakhir bagi Minggu Perkasa Putra (MPP) sesi 2023/2024 telah berlangsung pada 30 September hingga 7 Oktober yang lalu, dan aktiviti wajib untuk pelajar tahun satu UPM mengetengahkan bakat dari segi kreativiti, nyanyian dan tarian.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu, Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UPM, Abdullah Arshad, dan Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, UPM, Dr. Amini Amir Abdullah.
Date of Input: 24/10/2023 |
Updated: 24/10/2023 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING