Serdang-19 November 2023, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UPM Menyantuni 27 ahli Persatuan Mahasiswa OKU UPM dalam majlis Meet and Greet Dr Noraishah Maidin Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pengarah Universiti bersama Persatuan Mahasiswa OKU UPM di Astana Putra UPM Serdang.
Majlis ini merupakan sesi ramah mesra dan suai kenal serta plaftform pelajar- pelajar UPM
mencadangkan kepada UPM beberapa penambahbaikan kepada meningkatkan fasiliti dan infrastruktur mesra OKU berdasarkan pengalaman mereka.
Kita rasa berbesar hati kerana UPM menjadi destinasi menara ilmu pilihan pelajar OKU seramai 67 orang (62 di Serdang dan 5 di kampus Bintulu, Sarawak). Dr Noraishah dan saya turut memberikan beberapa pendapat dan jaminan bahawa pemerkasaan UPM ke arah kampus inklusif OKU dengan pelbagai pelan dan langkah yang lebih kondusif.
Date of Input: 19/12/2023 |
Updated: 19/12/2023 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING