12 Januari 2024 , Seramai 35 orang pelajar UPM telah hadir ke Majlis Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi yang diadakan di Universiti Malaya. Majlis dirasmi oleh YB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR, MENTERI PENDIDIKAN TINGGI.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi dalam ucapannya berharap Sebagai menggerakkan langkahan tahun 2024, kita harus bermula dengan landasan asas kita, yang akan menentukan kejayaan dan keberhasilan gerak kerja yangdilakukan.
Asas utama kita adalah bermula “dari dalam”, bermula dengan diri kita masing-masing, bermula dengan setiap warga bermuafakat dalam pembinaan suatu pasukan yang padu, mantap, dan tangkas. Dan menganjak mentaliti “I” kepada “We”.
Turut hadir YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu.
Date of Input: 17/01/2024 |
Updated: 17/01/2024 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING