Kunjungan tersebut dihadiri oleh Haji Mohamad Zeen bin Watak Pengurus Kanan Jabatan Bantuan Pendidikan & Pembangunan Insan Yayasan Pelajaran Johor serta En. Hamdi bin Mohamed Amin Pengurus Bahagian Pembangunan Mahasiswa Yayasan Pelajaran dan beberapa orang ahli YPJ yang turut serta dalam kunjungan ini.
Selain itu, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Negeri Johor (PERKASA JOHOR UPM) yang diketuai oleh saudari Hazirah binti A Samad selaku Presiden bersama beberapa orang ahlinya turut hadir.
Beberapa perkara telah dikongsikan dalam sesi kunjungan hormat ini berkenaan dengan kebajikan mahasiswa Johor dan aktiviti yang akan dijalankan.
En. Nuruliman bin Ibrahim Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM merangkap Penasihat Persatuan Kebajikan Anak-Anak Negeri Johor (PERKASA JOHOR UPM) mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan ini dan inisiatif kebajikan yang diberikan kepada mahasiswa UPM.
Date of Input: 03/02/2022 |
Updated: 03/02/2022 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING