Serdang, 27 April 2022: Seksyen Pengurusan Kebajikan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menyalurkan bantuan makanan bersahur kepada pelajar kolej-kolej kediaman. Bantuan Fasa 2 ini melibatkan
Kolej Pendeta Za'ba, UPM, K12 dan K14. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban pelajar selain dapat menyantuni pelajar secara terus.
Agihan makanan telah disampaikan oleh YH Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM diiringi oleh Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Naib Canselor UPM turut meluangkan masa mengedarkan moreh serta menyantuni pelajar UPM di sekitar Putra Food Court Kolej Pendeta Za’ba dan Kolej Serumpun.
Turut hadir bersama-sama mengagihkan makanan ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM, Prof.Dr. Ismi Arif Ismail, Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman UPM, Pegawai BHEP, Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Kolej.
BHEP UPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
27 April 2022
Date of Input: 09/05/2022 |
Updated: 09/05/2022 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING