Permohonan boleh dikemukakan kepada Seksyen Pengurusan Kebajikan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Borang permohonan hanya boleh diakses setelah pelajar log masuk ke akaun google rasmi pelajar UPM (nomatrik@student.upm.edu.my) dengan menggunakan UPMID bagi menjamin keselamatan maklumat pelajar. Sila pastikan anda log masuk ke akaun yang dimaksudkan bagi memastikan anda mendapat akses kepada borang bekenaan.
2) Sila lengkapkan semua maklumat dengan tepat.
3) Setelah permohonan berjaya dihantar, pelajar akan menerima emel notifikasi bagi mengesahkan maklumat permohonan pelajar telah direkodkan dan anda tidak dibenarkan mengemukakan permohonan yang sama untuk kali kedua bagi mengelakkan pertindihan maklumat.
4) Seksyen ini akan memproses permohonan dalam masa 3 hari bekerja dan menghantarpermohonan ke emel rasmi pelajar atau pelajar boleh datang ke BHEP untuk mengambil surat permohonan.
Borang Permohonan Surat Pengesahan Penaja
Sila beri perhatian kepada Tatacara dan Syarat Permohonan yang dinyatakan di atas sebelum mengemukakan permohonan melalui pautan berikut.
Borang Permohonan Surat Pengesahan Penaja
Updated:: 16/01/2023 [azhar.mahdzir]
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan