From The Deputy Vice Chancellor's (HEPA) Desk | Student Affairs Division
» ABOUT US » Deputy Vice Chancellor (Student Affairs & Alumni) Office » From the Deputy Vice Chancellor's (HEPA) Desk

From the Deputy Vice Chancellor's (HEPA) Desk

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ وَبِهِ نَسْتَعِين

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنِ اتَّبَعَ هُدَاهُ إِلَى يَوْمِ الدِّين

Assalamualaikum wbh, salam sejahtera dan salam UPM Prihatin.

Tahniah, laman sesawang rasmi hep.upm.edu.my ini tersedia untuk dilayari dan mampu berfungsi sebagai sumber maklumat yang efektif kepada warga kampus dan umum.

Laman sesawang ini merupakan rujukan utama warga kampus dan ia wajar dikekalkan sebagai ruangan ilmiah yang padat dengan maklumat untuk memastikan laman sesawang ini dapat berfungsi sebaik mungkin sebagai sumber maklumat khusus yang sahih dan efektif.

Alhamdulillah, saya telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM) selama tiga tahun mulai 1 Oktober 2020. Perlantikan ini disusuli dengan tanggungjawab yang besar dan saya sentiasa mengharapkan doa daripada semua agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada universiti.

Saya teruja dan mengharapkan komitmen yang tinggi dari warga kampus untuk mengetuai keseluruhan pentadbiran entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)  universiti terutamanya menguruskan hal ehwal pelajar dan alumni di kampus bagi melahirkan mahasiswa yang berkredibiliti tinggi  dan graduan yang mampu bersaing secara sihat di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Usaha ini merupakan agenda utama untuk memastikan kebolehpasaran graduan dapat direalisasikan sesuai dengan matlamat universiti bagi melahirkan lebih ramai lagi  graduan yang berkualiti tinggi dan mempunyai penguasaan kemahiran insaniah yang holistik.

Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada mahasiswa, HEPA melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar sentiasa komited untuk menganjurkan aktiviti pelbagai yang memberi impak  besar kepada mahasiswa berasaskan JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual kepada pelajar.

Akhir kata, diharap dengan tersedianya laman sesawang rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini penyaluran maklumat dan keterlihatan bahagian lebih terserlah dipersada industri pendidikan tinggi.

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

 Prof. Dr Arifin Abdu

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

Universiti Putra Malaysia

Updated:: 07/01/2024 [nuruliman]

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbWAU~