Pelajar UPM Patuh SOP | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Pelajar UPM Patuh SOP

Pelajar UPM Patuh SOP

UPM, Serdang - Para mahasiswa UPM telah sekali lagi memperlihat keterampilan mereka sebagai mahasiswa holistik melalui penglibatan aktif dalam pembangunan masyarakat setempat. Pematuhan Standards of Procedures (SOP) yang ketat telah diamalkan dalam menjalankan khidmat komuniti bagi mangsa yang terjejas akibat banjir di Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang.

 

Misi selama 3 hari 2 malam ini telah dilaksanakan dengan jayanya melalui bantuan masyarakat setempat dan pihak berkuasa. Pembersihan kawasan perumahan yang telah terjejas akibat banjir, bantuan barangan keperluan dan kewangan adalah antara bentuk bantuan yang telah dihulurkan oleh sukarelawan dari UPM. Misi Sukarelawan KPT-UPM yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPM, Prof.Dr Arifin Abdu adalah antara usaha institusi dalam menyahut seruan Kementerian Pengajan Tinggi bagi menghasilkan graduan kental pada masa akan datang. Beliau juga telah menyampaikan penghargaannya kepada kesemua staf dan pelajar yang sanggup meluangkan masa dan hulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas dalam bencana alam ini.

Initiatif usahasama ini telah diketuai oleh En. Nuruliman Ibrahim (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar), En. Mohamed Shukri Mohamed Noor (Ketua Bahagian Perumahan dan Penempatan) dan Saudara Aliff Akmal merangkap Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM. Perhatian pelbagai pihak media dan kumpulan kebajikan telah diperoleh melalui usaha murni warga UPM ini.

Tarikh Input: 16/01/2021 | Kemaskini: 16/01/2021 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEeUAR~