PAMERAN RERUAI KEMERDEKAAN UPM-KPT | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PAMERAN RERUAI KEMERDEKAAN UPM-KPT

PAMERAN RERUAI KEMERDEKAAN UPM-KPT

6 Ogos 2021, Putrajaya - Universiti Putra Malaysia telah terpilih di antara beberapa buah universiti di sekitar lembah klang untuk bersama-sama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dalam menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021.
 
 
UPM melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah diamanahkan untuk menyediakan pameran reruai (booth) kemerdekaan yang bertemakan “Malaysia Prihatin” untuk diletakkan di lokasi foyer bangunan KPT sebagai tanda sokongan dalam memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini.
 
 
Pameran yang dihasilkan ini adalah idea kreatif daripada Encik Mohamad Desa Esmahil (BHEP) bersama beberapa orang pegawai dan staf antaranya Encik Adidi Tamin (BHEP), Encik Mohd Razali Osman (BHEP), Encik Mohd Khairul Zainal Abidin (PKKSSAAS) dan telah diketuai oleh Encik Husalshah Rizal Hussian (Pengarah PKKSSAAS).
 
 
Selain daripada itu, pasukan pempamer juga mendapat sokongan yang baik daripada Pejabat Naib Canselor dan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat dalam menguruskan pergerakan dan kebajikan pasukan UPM ke KPT. Kerjasama beberapa buah PTJ ini dapat merealisasikan semangat esprit de corp yang dihasratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
 
BHEP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan booth pameran ini. Semoga hasil karya kreatif ini menjadi inspirasi kepada semua warga dalam memupuk semangat cintakan tanah air.

Tarikh Input: 08/08/2021 | Kemaskini: 27/08/2021 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXFGBAu~