SERDANG,14 JULAI – Program Khidmat Pelajar merupakan satu inisiatif dan usaha Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) untuk mencungkil bakat pelajar dan kebolehan insaniah mereaka. Melalui program ini, para pelajar diberikan ruang dan peluang membolehkan mereka untuk menyumbangkan idea dan tenaga mereka di samping dapat menjana pendapatan.
Salah seorang daripada mereka ialah saudara Muhammad Afham bin Mohd Zaki merupakan salah seorang pelajar jurusan Bacelor Senibina Landskap dari Fakulti Rekabentuk dan Senibana yang mengunakan bakatnya untuk melukis mural di Astaka Seni tersebut.
Beliau menyeru kepada rakan - rakan lain yang berminat untuk menyumbang sebarang idea dan kebolehan yang ada boleh menghubungi Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar sentiasa menyokong sebarang aktiviti atau program yang boleh meningkatkan kemahiran sahsiah dan insaniah pelajar UPM.
Tarikh Input: 20/07/2018 | Kemaskini: 29/10/2018 | mohd.hasrul
Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan