SERDANG, 20 JANUARI 2023 - Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP UPM) tahun 2023 telah berlangsung secara fizikal di Dewan Taklimat Serdang. JPMPP UPM merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab melaksanakan Pilihan Raya Kampus (PRK) atau lebih dikenali sebagai Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP).
Seramai 91 orang Ahli JPMPP UPM yang diketuai oleh Saudara Muhammad Syahmi Bin Nasrudin telah menerima watikah pelantikan daripada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
JPMPP UPM ini merangkumi JK Penasihat, JK Induk, JK Rayuan, JK Audit dan JK Pelaksana. Jawatankuasa penasihat terdiri daripada pegawai universiti manakala jawatankuasa pelaksana pula terdiri daripada pelajar UPM sendiri.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua JPMPP UPM yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, adil dan ihsan.
Tarikh Input: 25/01/2023 |
Kemaskini: 25/01/2023 | azhar.mahdzir
PERKONGSIAN MEDIA