Putrajaya, 31 Mei 2022: Universiti Putra Malaysia melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menerima undangan jemputan aidilfitri KPT 2022. 10 orang pelajar B40 turut menerima duit raya sumbangan YB Menteri Pengajian Tinggi sebagai inisiatif YB yang peka terhadap isu kebajikan pelajar B40. Pelajar-pelajar yang hadir turut disantuni oleh YB Menteri Pengajian Tinggi serta dapat beramah mesra dengan lebih dekat.
Turut hadir ke majlis ini ialah YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM, Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta pelajar-pelajar UPM.
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
Tarikh Input: 01/06/2022 |
Kemaskini: 01/06/2022 | azhar.mahdzir
PERKONGSIAN MEDIA