Langkawi, 26 April -Seramai 20 pelajar UPM telah menyertai kayuhan ULTRON MBOR Langkawi Ride 2019 dan mencipta sejarah meletakkan UPM dalam Malaysia Book Of Records untuk acara 50 jam kayuhan basikal elektik tanpa henti dengan jarak keseluruhan 1515 kilometer.
Selain pelajar UPM, program ini juga turut disertai lebih 500 peserta dari sekitar Langkawi dan Perlis. Kesemua peserta ini diagihkan kepada 70 slot kayuhan sejauh 20 km. Setiap slot terdiri daripada 5 orang peserta dan kayuhan ini dilakukan tanpa henti selama 3 hari.
Ybhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menerima sijil Malaysia Book Of Records
Turut serta dalam kayuhan ini ialah Ybhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan melakukan kayuhan akhir bagi melengkapkan kayuhan ULTRON MBOR tersebut. Beliau berkata, Pihak UPM memang komited program seperti ini kerana selari dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia yang mahu Langkawi bebas karbon dan rakyat sehat menjelang tahun 2020.
Antara peserta kayuhan ULTRON MBOR
Sesi penutupan program ini telah disempurnakan oleh YB Johari Bulat, ADUN Ayer Hangat. Pelaksanaan program ini turut melibatkan Majlis Sukan Negara Malaysia sebagai Penganjur Bersama, dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Langkawi, Pejabat ADUN Kuah, LADA, Kelab Gerek Langkawi TWI, PDRM dan Bomba.
Seramai 20 pelajar UPM menyertai kayuhan ULTRON MBOR Langkawi Ride 2019
Tarikh Input: 14/05/2019 | Kemaskini: 28/05/2019 | mohd.hasrul
Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan