4 Nov 2022, HPUPM - Bahagian Hal Pelajar UPM diwakili oleh En Mohd Firdaus Baharuddin selaku Ketua Seksyen dan En Zulkifli dari Seksyen Pengurusan Kebajikan Pelajar telah menziarahi pelajar, saudari Hidayah yang baru menjalani pembedahan di Hospital Pengajar UPM baru-baru ini.
Ibu bapa kepada saudari Hidayah telah mewakili pelajar tersebut ketika pertemuan tersebut dan berkongsi rasa serta keadaan semasa selepas pembedahan telah selamat dijalankan ke atas saudari Hidayah.
Keluarga Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM mendoakan semoga saudari kembali pulih dan sentiasa dipermudahkan urusan serta terus cemerlang dalam pengajian di UPM.
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
Date of Input: 09/11/2022 |
Updated: 09/11/2022 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING