YBHG. PROF. TNCHEPA MENYANTUNI STAF YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA | Student Affairs Division
» NEWS » YBHG. PROF. TNCHEPA MENYANTUNI STAF YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

YBHG. PROF. TNCHEPA MENYANTUNI STAF YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

 
Serdang, 8 Jun 2022: YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah mengadakan lawatan menyantuni staf Bahagian Kaunseling UPM iaitu Puan Norizah binti Kasan yang terlibat dengan kemalangan jalan raya di Sri Serdang pada Jumaat yang lepas. Puan Norizah binti Kasan mengalami kecederaan pada lutut dan sedang berada di Hospital Pengajar UPM.
 
Sehingga kini, perkembangan kesihatan Puan Norizah binti Kasan dalam keadaan baik dan stabil. Turut hadir adalah Encik Abdullah Arshad (Ketua Pentadbiran Pejabat TNCHEPA), Encik Nuruliman Ibrahim (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar), Dr. Abdul Hadi Samsi (Pegawai Khas kepada TNCHEPA).
Seluruh warga kerja Pejabat TNCHEPA dan BHEP mendoakan agar Puan Norizah binti Kasan kembali pulih sepenuhnya.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Date of Input: 09/06/2022 | Updated: 09/06/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbXAr~