SEMARAK SISWA MADANI @ PONTIAN | Student Affairs Division
» NEWS » SEMARAK SISWA MADANI @ PONTIAN

SEMARAK SISWA MADANI @ PONTIAN

 

SEMARAK SISWA MADANI @ PONTIAN

Pontian, 13-14 Oktober 2023- Program Semarak Siswa Madani @ Pontian baru sahaja selesai dengan jayanya. Program ini merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan merangka pengajaran semula semua aktiviti-aktiviti berkaitan perkongsian ilmu, inovasi, teknologi, dan khidmat masyarakat atau komuniti dengan lebih strategik.

Inisiatif program ini turut memfokuskan kepada komuniti dan masyarakat bagi menyediakan platform kepada pelajar untuk mempromosikan inovasi dan idea-idea baharu dalam pelbagai bidang antaranya teknologi, ekonomi manusiawi, ihsan & mampan. Sekaligus, membuka peluang kepada pelajar bagi mengembangkan kemahiran, bakat serta melatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menangani masalah komuniti setempat.

Program dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan, Timb. Menteri Kewangan dan turut hadir YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM serta En. Badrul Amirul Amin Bin Bohari.

#semaraksiswamadani
#PutraHepa
#upm

Date of Input: 24/10/2023 | Updated: 24/10/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcAA0~