SEKITAR LAWATAN YBHG. TNCHEPA MENYANTUNI PELAJAR-PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN | Student Affairs Division
» NEWS » SEKITAR LAWATAN YBHG. TNCHEPA MENYANTUNI PELAJAR-PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN

SEKITAR LAWATAN YBHG. TNCHEPA MENYANTUNI PELAJAR-PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN

 
Serdang, 8 Jun 2022: YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah membuat lawatan ke Putra Food Court (PFC) untuk menyantuni pelajar-pelajar kolej kediaman bertujuan beramah mesra bersama-sama pelajar di samping mendengar perkongsian terus daripada warga kolej kediaman. Lawatan ini selaras dengan Rangka Tindakan Kesejahteraan Pendidikan Tinggi (Sejahtera IPT) yang telah diamanahkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi semasa amanat Tahun 2022. Rangka tindakan yang holistik selaras dengan agenda nasional Keluarga Malaysia ini akan terus menjadi pendorong TNCHEPA terutamanya berkaitan kesejahteraan dan keprihatinan kepada pelajar.
 
YBhg. Prof. TNCHEPA turut membuat pemantauan ke atas semua cafe-cafe di PFC bagi memastikan pematuhan kepada operasi penyediaan dan pengendalian makanan kepada pelajar-pelajar. Dalam sesi lawatan itu, YBhg. Prof. TNCHEPA turut sempat makan tengahari bersama-sama pelajar.
Turut hadir dalam sesi lawatan itu ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah (Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej-Kolej Kediaman), Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman, En. Abdullah Arshad (Ketua Pentadbiran Pejabat TNCHEPA), Encik Nuruliman Ibrahim (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar), Dr. Abdul Hadi Samsi (Pegawai Khas kepada TNCHEPA) dan Wakil Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Nurul Syazwani Bt Muhamed Zabidi dan Nurul Nabihah Bt Burairah.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
   
 

Date of Input: 09/06/2022 | Updated: 09/06/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcHAg~