PUTRANAHWAN JOHAN PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DAERAH PETALING 2018 | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » PUTRANAHWAN JOHAN PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DAERAH PETALING 2018

PUTRANAHWAN JOHAN PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DAERAH PETALING 2018

Shah Alam, 7 Oktober 2018 – Kumpulan Nasyid PutraNahwan dari Kelab Nasyid Nahwan Nur berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Petaling 2018. Lagu bertajuk “Anugerah” telah menambat hati juri sekaligus berjaya memenangi pertandingan tersebut dan membawa pulang wang tunai RM800. Lagu “Anugerah” adalah hasil ciptaan Wan Saleh dan Lirik oleh Ajie yang juga merupakan alumni UPM.

Selain daripada itu, seramai 10 buah kumpulan yang terdiri daripada beberapa buah institusi pengajian tinggi bersaing bagi memenangi kategori anugerah yang dipertandingkan. Tempat Kedua dimenangi oleh Universiti Malaya manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Fauzan.

Pertandingan nasyid anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor pada kali ini telah diadakan di Dewan Auditorium, Yayasan Restu Shah Alam. Menurut jawatankuasa kerja pertandingan ini diadakan bagi memupuk semangat kerja berkumpulan di samping menghayati dan memupuk nilai-nilai islam dalam kalangan masyarakat. JAIS juga berhasrat untuk menganjurkan pertandingan nasyid peringkat Negeri Selangor yang bakal dimaklumkan kelak.

Date of Input: 08/10/2018 | Updated: 08/10/2018 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1542777756