Program Read@Uni BHEP: Bedah Buku Teknologi Automotif Bersama Encik Tuan Arkhan Tuan Yacob | Student Affairs Division
» NEWS » Program Read@Uni BHEP: Bedah Buku Teknologi Automotif bersama Encik Tuan Arkhan Tuan Yacob

Program Read@Uni BHEP: Bedah Buku Teknologi Automotif bersama Encik Tuan Arkhan Tuan Yacob

Program Read@Uni BHEP: Bedah Buku Teknologi Automotif bersama Encik Tuan Arkhan Tuan Yacob
 
UPM Serdang, 17 April -Sebagaimana rutin bulanan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, program Sudut Bacaan Read@Uni bulan ini pula menampilkan perkongsian daripada Encik Tuan Arkhan Tuan Yacob mengenai buku tulisan Mohd Bahaman Mohd Rajuli yang bertajuk 'Teknologi Automotif'.
 
Mengikut Encik Tuan Arkhan, buku tersebut merupakan buku asas bagi sesiapa sahaja yang ingin mempelajari bidang automotif. Buku tersebut mengandungi 18 bab dan mengandungi pengenalan tentang bahagian-bahagian kereta berserta fungsi-fungsinya.Selain penerangan buku daripada Encik Tuan Arkhan yang memang mahir dalam penyelenggaraan kereta, beliau juga berkongsi tentang cara-cara pengendalian kereta ketika kereta mengalami kerosakan dan persediaan yang perlu ketika perjalanan jauh seperti perjalanan balik ketika musim perayaan.
 
Turut diadakan perjumpaan mingguan bersama Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan BHEP yang bertungkus lumus menjayakan program-program di BHEP seterusnya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua.
 
Selain itu, semua kakitangan turut mendengar ikrar pegawai baharu dan semua kakitangan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar turut sama berikrar.
 
Semoga program sebegini ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang untuk memperkasa budaya membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan kakitangan UPM. -BHEP UPM

Date of Input: 19/04/2023 | Updated: 19/04/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcJAO~