Program Pemindahan Ilmu Usaha Oleh 11 Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM | Student Affairs Division
» NEWS » Program pemindahan ilmu usaha oleh 11 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM

Program pemindahan ilmu usaha oleh 11 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM

 
Sabah, 20-29 Ogos 2023- Program pemindahan ilmu usaha oleh 11 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai amalan terbaik menternak udang kara air tawar dengan sekolah kebangsaan yang pertama di Sabah menternak udang kara tersebut. Pelajar UPM berkolaborasi dengan guru Sek Keb Tobobon, Menggatal di sini melalui teknologi advanced semi biofloc (ASB) dalam ternakan udang kara selama empat bulan. Tahniah dan terima kasih kepada Guru Besar sekolah, Tuan Awang Ghani Awang Bakar serta para guru dan staf terlibat.
 
Teknologi ASB hasil penyelidikan oleh pelajar UPM dan sekolah ini memperbaiki sistem rawatan air, spesifikasi saiz kolam, ternakan bakteria baik, mineral penting dan pengudaraan air agar ternakan udang kara air tawar sihat dan mencapai tumbesaran yang dikehendaki. UPM yakin jika projek sulung ini berjaya, model ini akan dikembangkan ke sekolah sekolah lain selepas ini supaya pelajar UPM boleh memindahkan ilmu bersama komuniti seperti yang dihasratkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Dato Seri Khaled Nordin.
 
Universiti membentuk mahasiswa menjadi pemimpin pelapis yang prihatin dan cakna terhadap permasalahan komuniti melalui pemindahan ilmu dan khidmat komuniti untuk menjayakan kerangka Ekonomi MADANI. Tahniah kepada sebelas pelajar UPM yang terlibat dari Majlis Perwakilan Luar Kampus UPM dan Majlis Perwakilan Pelajar UPM dengan kerjasama Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP) UPM.
Kolaborasi UPM dapat membantu pihak sekolah yang memerlukan konsultansi dari segi penyakit dan tumbesaran ternakan.
 
Tahniah juga kepada Bahagian Perumahan dan Penempatan UPM kerana khidmat komuniti mereka di sekolah ini berjaya membaikpulih kolam ternakan udang kara dari segi spesifikasi yang sesuai. Semoga kepakaran UPM dalam penternakan akuakultur dan pertanian mampu membantu komuniti lain di Sabah dengan lebih luas lagi dengan melibatkan mahasiswa UPM

Date of Input: 21/09/2023 | Updated: 21/09/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcQAE~