PROGRAM GOTONG ROYONG BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR SEMPENA PERSEDIAAN EKSA, OSH DAN KELESTARIAN HIJAU PERINGKAT UPM | Student Affairs Division
» NEWS » PROGRAM GOTONG ROYONG BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR SEMPENA PERSEDIAAN EKSA, OSH DAN KELESTARIAN HIJAU PERINGKAT UPM

PROGRAM GOTONG ROYONG BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR SEMPENA PERSEDIAAN EKSA, OSH DAN KELESTARIAN HIJAU PERINGKAT UPM

 
Serdang, 16 Julai 2022 : Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menganjurkan program Gotong Royong bersempena dengan persediaan ke arah pembudayaan EKSA, OSH dan Kelestarian Hijau Peringkat UPM. Selain daripada itu, program ini juga diadakan bertujuan memupuk semangat kerjasama dan budaya kerja yang hormoni antara semua staf di BHEP yang merangkumi staf sokongan, para pegawai dan seterusnya Pengurusan Tertinggi HEPA. Program in sekaligus dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara sesama staf selain dapat membuat persediaan dan persiapan untuk menghadapi audit EKSA yang bakal dilaksanakan pada September ini.
 
YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Nab Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) hadir bagi bersama-sama memberi sokongan sepenuhnya kepada BHEP untuk terus lakukan yang terbaik dalam membudayakan amalan EKSA di pejabat yang mana pencapaian EKSA ini bakal memberi impak yang baik kepada sesebuah organisasi dalam memastikan pengurusan pentadbiran dapat dipertingkatkan khusus dalam menguruskan kebajikan pelajar. Beliau berharap program seperti ini sentiasa diteruskan bagi menguatkan lagi semangat kekitaan dan kebersamaan dalam melakukan apa jua tugasan.
 
Turut hadir memeriahkan program ini adalah YBrs. Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat Tnc Hepa Upm, Encik Nuruliman Ibn Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ketua-ketua Seksyen, Para Pegawai dan seluruh staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Staf di Pejabat TNC HEPA UPM.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 20/07/2022 | Updated: 20/07/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcHA4~