PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU IRAMA MALAYSIA 2022 | Student Affairs Division
» NEWS » PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU IRAMA MALAYSIA 2022

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU IRAMA MALAYSIA 2022

 
Serdang, 3 Jun 2022 - Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Irama Malaysia 2022 Universiti Putra Malaysia telah berjaya dilangsungkan bertujuan mencungkil bakat pelajar UPM dalam mendendangkan lagu bertemakan irama malaysia yang dipertandingkan antara kolej kediaman kampus Serdang, Universiti Putra Malaysia.
 
Terdapat 8 buah kolej kediaman telah menghantar wakil untuk bertanding bagi menjadi juara pada tahun 2022. Program anjuran bersama BHEP, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Pusat Perhubungan Alumni dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini telah diadakan di Laman Warisan, Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi serta disiarkan secara langsung melalui YouTube rasmi MPP UPM bermula jam 9 malam.
 
Pertandingan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran juri jemputan terdiri daripada penyanyi yang tidak asing lagi dengan lagu-lagu tradisional melayu iaitu Asmidar, Rojer Kajol dan Muhammad Hakim. Mereka bertiga dipertanggungjawabkan untuk mengadili kesemua peserta pada malam tersebut. Di samping itu juga, Asmidar dan Rojer Kajol turut membuat persembahan menghiburkan semua penonton yang hadir.
 
Majlis turut dihadiri oleh Prof. Dr. Arifin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri bin Muhammad Noor mewakli Jemaah Pengetua Kolej Kediaman,Encik Adidi bin Tamin, Ketua Seksyen Pengurusan Aktiviti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM serta Barisan Pengetua dan Felo Kolej-Kolej Kediaman.
 
BHEP mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang lain semoga teruskan mencuba di masa akan datang.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
   
 

Date of Input: 07/06/2022 | Updated: 07/06/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcFAI~