Pelajar-pelajar UPM Berpeluang Ke Sesi Lawatan Interaktif Tiga Lokasi Penting Di Kampus Tobata Yang Dikendalikan Oleh Ms. Kumiko Fukushima | Student Affairs Division
» NEWS » pelajar-pelajar UPM berpeluang ke sesi lawatan interaktif tiga lokasi penting di Kampus Tobata yang dikendalikan oleh Ms. Kumiko Fukushima

pelajar-pelajar UPM berpeluang ke sesi lawatan interaktif tiga lokasi penting di Kampus Tobata yang dikendalikan oleh Ms. Kumiko Fukushima

 
Jepun, 16-30 Ogos 2023- Pelajar-pelajar UPM berpeluang ke sesi lawatan interaktif tiga lokasi penting di Kampus Tobata yang dikendalikan oleh Ms. Kumiko Fukushima. Antara lawatan ialah Mensei Museum yang mendokumentasikan sejarah awal Kyushu Institute of Technology sejak tahun 1907.
 
Seterusnya, Ms. Chiharu Koga membawa pelajar melawat Nakamura Centenary Memorial Hall yang mempamerkan sejarah pencapaian kejuruteraan tokoh-tokoh Kyutech. Ms. Misaki Matsuura kemudian membawa pelajar ke GymLabo iaitu tempat pelajar Kyutech menjalankan perbincangan, berehat serta mengulangkaji pelajaran. Sesi pagi juga dipantau oleh Ms. Rina Naito dan turut dibantu oleh dua pelajar Malaysia di Kyutech iaitu saudara Andrian dan Zharif.
 
Pada sesi petang, Assoc. Prof. dr. Yoshito Ando memperkenalkan Prof. Dr. Yoshihito Shirai yang merupakan mantan Profesor tersohor di Kyutech dan Senior Advisor of UPM-Kyutech MSSC di UPM. Beliau memberikan kuliah mengenai tajuk Future’s Energy, Economy and The Environment yang memfokuskan pembangunan bandar Kitakyushu sejak era pencemaran industri sehingga menjadi antara empat bandar terbaik dunia yang berusaha mengamalkan ekosistem hijau dalam kepesatan industri pembuatan mereka.
 
Beliau juga mengulas mengenai pembangunan Biomass Production minyak sawit di Malaysia dan usaha di jepun serta sejarah gandingannya dengan rakan sekerja Profesor Dato' Dr. Mohd Ali Hassan.
Pelajar-pelajar UPM juga mengambil kesempatan bertanyakan beberapa soalan berkaitan isu yang dibangkitkan olehnya. Sesi petang juga dipantau oleh Ms. Toshiro Wakabayashi.
 
ありがとう ございました
 

Date of Input: 25/07/2023 | Updated: 21/09/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbWAS~