Serdang, 31 Mei 2022: YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar UPM Kali Ke-2 (Bil.1/2022) di Bilik Lembaga, Canselori Putra. Mesyuarat JK Kebajikan Pelajar bertujuan mempertimbangkan semua perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kebajikan pelajar.
Selain itu, ianya turut berfungsi mencadangkan polisi berkaitan kebajikan pelajar yang merangkumi aspek-aspek pembangunan sahsiah pelajar, persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, kemudahan penginapan, pengangkutan dan perhubungan, kesihatan dan keselamatan, rekreasi dan riadah, mencadangkan polisi berkaitan bantuan kewangan pelajar Universiti, mencadangkan penubuhan tabung amanah kebajikan.
Jawatankuasa ini juga turut memberi penekanan terhadap pembangunan pelajar dan memberi pandangan terhadap isu-isu tatatertib yang memberi kesan terhadap kebajikan pelajar. Turut hadir ke mesyuarat ini ialah YBhg. Dato’ Raihan Sharif, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Ketua-Ketua PTJ yang terlibat serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
Date of Input: 01/06/2022 |
Updated: 01/06/2022 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING