MALAM TUNAS BUDAYA 2018 | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » MALAM TUNAS BUDAYA 2018

MALAM TUNAS BUDAYA 2018

30 September 2018 UPM Serdang – Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan pertandingan Malam Tunas Budaya 2018. Kejayaan mereka pada malam tersebut telah berjaya membawa pulang wang tunai RM1000, piala iringan dan sijil penyertaan serta Piala Pusingan Malam Tunas Budaya sumbangan dari Adala Concept yang juga merupakan alumni UPM. Selain daripada itu, Seta Walinongsari (K10 dan K11) juga telah memenangi anugerah untuk kategori Vokal Terbaik dan Pengarah Bersama Terbaik. 

Malam Tunas Budaya pada tahun ini melabuhkan tirai dengan penuh gilang gemilang, malam yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku” telah menyaksikan sebanyak 9 buah gabungan kolej kediaman di UPM beraksi dan berentap bagi merebut gelaran juara. Penganjuran pada kali ke-18 pada tahun ini juga telah menyaksikan pelbagai bentuk persembahan yang telah disampaikan oleh para pelajar UPM dari Malaysia dan pelajar-pelajar dari Negara Afganistan, Indonesia, Somalia dan India. Pelajar-pelajar ini bernaung di bawah Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA).

Malam yang telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM turut berasa bangga dengan semangat semua pelajar bersaing dan menzahirkan rasa cinta kepada negara dan bangsa serta memperlihatkan budaya dan warisan Malaysia yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Persembahan yang penuh berwarna-warni ini sesuai dengan konsep yang diketengahkan oleh penganjur iaitu Citrawarna. Naib Canselor juga telah menyempurnakan sesi penyampaian cenderamata pengahargaan kepada individu yang telah menyumbang bakti dan idea dalam menghasilkan lagu We Love UPM iaitu Encik Mohd Khairul Zainal Abidin (Pencipta Lagu) Encik Mohd Radzi Muhamad Dul (Penulis Lirik) Encik Adidi Tamin (Penyanyi) dan Encik Abdul Hadi Samsi (Penyanyi Latar).

Seperti biasa setiap tahun MTB akan menjemput selebriti terkenal sebagai juri pertandingan dan pada tahun ini 3 orang selebriti iaitu Tya Arifin (Selebriti Indonesia), Aidil Aziz (Pelakon) dan Toy Nizam (HyperAct) turut sama menjayakan program ini. Ternyata dengan kehadiran mereka telah menggamatkan lagi suasana dalam Dewan Besar UPM. Toy Nizam juga turut membuat persembahan secara eksklusif iaitu lagu terbaru khas kepada semua peminat di UPM.

Naib Johan MTB 2018 jatuh kepada Gabungan Kolej Keenam dan Kolej Canselor membawa pulang wang tunai RM700, piala iringan dan sijil manakala Tempat ketiga pula dimenangi oleh gabungan Kolej Tun Perak dan Kolej 13 yang membawa pulang wang tunai RM500 piala iringan dan sijil. Berikut meruapakan keputusan penuh MTB 2018 :

Johan: K10/K11 (Seta Walinongsari)
Naib Johan: KC/K6 (Mustika Sixtra)
Ketiga: KTP/K13 (Adiwangsa Production)

Anugerah:

Pengarah Bersama Terbaik: K10/K11 (Seta Walinongsari)

Kreativiti Terbaik: KC/K6 (Mustika Sixtra)

Teknikal Terbaik: KTP/K13 (Adiwangsa Production)

Penataan Audio Terbaik: K17 (Arustika Putrasakti)

Vokal Terbaik: K10/K11 (Seta Walinongsari)

Kumpulan Tarian Terbaik: KC/K6 (Mustika Sixtra)

Publisiti & Keceriaan Terbaik: K12/K15 (Warisan Production)

 

Date of Input: 02/10/2018 | Updated: 02/10/2018 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1542780459