MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PENGAJIAN YAYASAN BANK RAKYAT | Student Affairs Division
» NEWS » MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PENGAJIAN YAYASAN BANK RAKYAT

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PENGAJIAN YAYASAN BANK RAKYAT

 
 
9 Februari 2024 l UPM
 
Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat telah berlangsung di Foyer Dewan Taklimat Serdang UPM dan sejumlah RM100,000.00 telah disalurkan kepada 100 pelajar UPM yg terpilih.
Objektif bantuan ini adalah membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan terutamanya dalam kalangan B40 serta memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
 
Simbolik penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Haji Raduwan Idar, Ahli Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat kepada 8 pelajar UPM. Beliau berpesan kepada para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang sehingga bergraduasi. Beliau juga menitipkan beberapa tips kepada mereka untuk menempuhi alam universiti.
 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar mewakili UPM merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Bank Rakyat atas bantuan yang diberikan. Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban pelajar dalam memulakan pengajian pada semester yang akan datang.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut antaranya ialah Encik Syaiful Rizal Abdul Ghani, Pengurus Besar YBR, YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Encik Abdullah Arshad dan Puan Noraihan Nordin.
 

Date of Input: 20/02/2024 | Updated: 20/02/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbWA5~