MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MYBRAIN 2.0 DAN PENYAMPAIAN SURAT TAWARAN PROGRAM PENAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI TAHUN 2023 | Student Affairs Division
» NEWS » MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MYBRAIN 2.0 DAN PENYAMPAIAN SURAT TAWARAN PROGRAM PENAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI TAHUN 2023

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MYBRAIN 2.0 DAN PENYAMPAIAN SURAT TAWARAN PROGRAM PENAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI TAHUN 2023

 
Putrajaya, 27 Oktober 2023 - Sesi Penyampaian Surat Tawaran Program Penajaan KPT Bagi Tahun 2023 dibuat di Dewan Za'aba, bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin untuk meraikan kejayaan pelajar yang berjaya dipilih sebagai penerima tajaan KPT. Dua orang pelajar OKU UPM telah dijemput ke sesi berkenaan sebagai penghargaan atas kerjasama dan sumbangan kisah kejayaan yang telah dikongsikan oleh mereka.
 
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sempat berjumpa dan menyantuni pelajar UPM, saudara Ikmal Mustafa Musbah seterusnya mengucapkan tahniah kepada pelajar Bachelor Sains Seni Bina yang berkerusi roda berkenaan. "Terima kasih KPT" begitulah ucapan Saudara Khairullah Affarouk Paiman, pelajar phD UPM juga OKU penglihatan yang menerima elaun BKOKU sejak mengikuti pengajian sarjana lagi. Semoga pelajar-pelajar yang menerima tajaan KPT berkenaan terus cemerlang dan tidak putus asa menghabiskan pengajian.

Date of Input: 19/12/2023 | Updated: 19/12/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcGAo~