MAHASISWA UPM KE SESI TOWNHALL RAKYAT BERSAMA DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL DI KUMPULAN KARANGKRAF SHAH ALAM
10 April 2023, Shah Alam - Seramai 38 orang pelajar Universiti Putra Malaysia telah menghadiri Program Townhall Rakyat bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri bertempat di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Sesi Townhall Rakyat ini merupakan Program Talk Show Yang Berhormat Menteri bersoal jawab secara bersemuka dengan rakyat mengenai isu-isu semasa dibawah tanggungjawab menteri. Antara isu yang dikupas adalah isu kerakyatan, isu integriti pihak berkuasa, kemasukan warga asing dan isu penipuan dalam talian. Sesi seperti ini amatlah bermanfaat dan dapat memberi pencerahan kepada rakyat
khususnya terhadap isu-isu semasa serta tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian.
Setelah berakhir program tersebut, semua yang hadir beramai-ramai menikmati juadah berbuka puasa ala Madinah @ Karangkraf bersama YB Menteri di perkarangan Kumpulan Karangkraf.
Date of Input: 12/04/2023 |
Updated: 12/04/2023 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING