Mahasiswa UPM Ke Program Cakna Madani | Student Affairs Division
» NEWS » Mahasiswa UPM ke Program Cakna Madani

Mahasiswa UPM ke Program Cakna Madani

 
13 Jun 2023 - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPM, YBhg. Prof. Arifin Abdu bersama-sama 200 mahasiswa UPM tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta tiga orang pegawai pengiring daripada BHEP telah menghadiri Program Cakna Madani YAB Perdana Menteri bersama Pelajar Tajaan JPA Institusi Pengajian Tinggi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM.
 
Program yang berkonsepkan soal jawab ini telah membuka platform kepada mahasiswa khususnya pelajar tajaan JPA meluahkan buah fikiran dan pandangan mengenai isu-isu yang dihadapi mahasiswa sejajar dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan dalam membentuk Mahasiswa MADANI.
Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri juga turut mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar tajaan JPA bermula 1 Julai 2023 yang akan memanfaat 43,595 pelajar tajaan JPA bagi menangani kenaikan kos sara hidup.
 
Turut hadir sama ke majlis ini ialah Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengurusan Tertinggi JPA serta KPT.
 
 

Date of Input: 28/06/2023 | Updated: 28/06/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbXAV~