Serdang, 8 Jun 2022: YBhg. Prof. TNCHEPA turut sempat ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM bagi melihat persediaan Majlis Perasmian Pameran Lukisan Batik Canting 2 Generasi yang bertujuan mewujudkan satu tabung biasiswa bagi membantu pelajar UPM dalam kalangan asnaf, B40 dan pelajar yang memerlukan. Lebih daripada 30 lukisan batik canting akan dipamerkan dan dijual sepanjang tempoh 1 bulan pameran ini.
YBhg. Prof. TNCHEPA turut menyantuni pelajar-pelajar yang sedang menggunakan perkhidmatan Perpustakaan Sultan Abdul Samad untuk menyiapkan serta membuat perbincangan berkaitan tugasan masing-masing. YBhg. Prof. TNCHEPA turut menyeru semua pelajar serta warga UPM untuk hadir ke pameran yang berimpak tinggi ini sekali gus menyokong industri seni batik.
Turut hadir ke lawatan ini ialah En. Abdullah Arshad (Ketua Pentadbiran Pejabat TNC HEPA), Encik Nuruliman Ibrahim (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar) dan Dr. Abdul Hadi Samsi (Pegawai Khas kepada TNCHEPA).
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
Date of Input: 09/06/2022 |
Updated: 09/06/2022 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING