KUNJUNGAN RASMI YAYASAN PELAJARAN JOHOR & PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK NEGERI JOHOR (PERKASA JOHOR UPM) | Student Affairs Division
» NEWS » KUNJUNGAN RASMI YAYASAN PELAJARAN JOHOR & PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK NEGERI JOHOR (PERKASA JOHOR UPM)

KUNJUNGAN RASMI YAYASAN PELAJARAN JOHOR & PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK NEGERI JOHOR (PERKASA JOHOR UPM)

 
UPM, 31 Januari 2022 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menerima kunjungan hormat daripada YAYASAN PELAJARAN JOHOR & Persatuan Kebajikan Anak-anak Negeri Johor UPM bertempat di bilik Bunga Raya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
 
 
Kunjungan tersebut dihadiri oleh Haji Mohamad Zeen bin Watak Pengurus Kanan Jabatan Bantuan Pendidikan & Pembangunan Insan Yayasan Pelajaran Johor serta En. Hamdi bin Mohamed Amin Pengurus Bahagian Pembangunan Mahasiswa Yayasan Pelajaran dan beberapa orang ahli YPJ yang turut serta dalam kunjungan ini.
 
 
Selain itu, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Negeri Johor (PERKASA JOHOR UPM) yang diketuai oleh saudari Hazirah binti A Samad selaku Presiden bersama beberapa orang ahlinya turut hadir.
Beberapa perkara telah dikongsikan dalam sesi kunjungan hormat ini berkenaan dengan kebajikan mahasiswa Johor dan aktiviti yang akan dijalankan.
 
 
En. Nuruliman bin Ibrahim Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM merangkap Penasihat Persatuan Kebajikan Anak-Anak Negeri Johor (PERKASA JOHOR UPM) mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan ini dan inisiatif kebajikan yang diberikan kepada mahasiswa UPM.
 

Date of Input: 03/02/2022 | Updated: 03/02/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcIAF~