KEM KEPIMPINAN MAHASISWA MADANI | Student Affairs Division
» NEWS » KEM KEPIMPINAN MAHASISWA MADANI

KEM KEPIMPINAN MAHASISWA MADANI

 
Jabatan Pendidikan Tinggi melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Institut Pembangunan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melaksanakan Kursus Kepimpinan Mahasiswa Madani bertempat di Kem Wawasan Negara, Ulu Kenas,Perak bermula pada 16 gingga 18 November 2023.
 
Kursus ini telah dihadiri seramai 227 mahasiswa yang melibatkan pelajar tahun 1 dan tahun 2 daripada 20 Universiti Awam. Melalui kursus ini, mahasiswa-mahasiswa akan diterapkan dengan elemen kepimpinan iaitu penyelesaian masalah, pemikiran kritis, komunikasi berkesan dan jati diri.
 
Program ini turut menfokuskan pembangunan pelajar kepada enam teras MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan yang boleh membentuk karekter seseorang mahasiswa.

Date of Input: 19/12/2023 | Updated: 19/12/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcCAh~