Karnival Komuniti Madani Sedili Kota Tinggi & Misi Bantuan UPM-KPT @Kota Tinggi, Johor. | Student Affairs Division
» NEWS » Karnival Komuniti Madani Sedili Kota Tinggi & Misi Bantuan UPM-KPT @Kota Tinggi, Johor.

Karnival Komuniti Madani Sedili Kota Tinggi & Misi Bantuan UPM-KPT @Kota Tinggi, Johor.

 

Karnival Komuniti Madani Sedili Kota Tinggi & Misi Bantuan UPM-KPT @Kota Tinggi, Johor.

Kota Tinggi, 20 Januari - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Institut Antarabangsa dan Sains Akuatik (I-AQUAS UPM) melepaskan benih ketam Renjong sempena Karnival Komuniti Madani Sedili, Kota Tinggi disini hari ini.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah bersama Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin melepaskan benih ketam Renjong sebagai inisiatif mengekalkan sumber perikanan untuk menjamin rantaian makanan negara.

Selain itu, penglibatan UPM dalam karnival yang bersifat ‘universiti untuk masyarakat’ ini adalah untuk mengembangkan kepakaran kepada masyarakat setempat bagi memastikan kelestarian sumber makanan dapat dikekalkan pada masa akan datang serta memastikan pemuliharaan ekosistem perikanan dalam keadaan yang terbaik.

Seusai Karnival Komuniti Madani Sedili, Kota Tinggi dan Program Pelepasan Anak Benih, Jeti Sedili Besar. Program diteruskan dengan Misi Bantuan UPM-KPT @ Kota Tinggi kepada pelajar UPM (B40) yang terkesan dengan banjir baru-baru ini di sekitar Kota Tinggi, Johor.

Turut hadir YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM, dan YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor Akedamik & Antarabangsa, bagi menyampaikan bantuan kepada pelajar & ahli keluarga.

#berilmuberbakti

#bhepupm #putrahepa
#universitiputramalaysia

Date of Input: 02/02/2024 | Updated: 02/02/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcAAz~