Bengkel Hala Tuju Dan Perancangan Strategik (BHEP) 2023 | Student Affairs Division
» NEWS » Bengkel Hala Tuju dan Perancangan Strategik (BHEP) 2023

Bengkel Hala Tuju dan Perancangan Strategik (BHEP) 2023

 
[Bengkel Hala Tuju dan Perancangan Strategik (BHEP) 2023]
 
10 Januari 2023, Serdang - Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menganjurkan Bengkel Hala Tuju dan Perancangan Strategik (BHEP) 2023 pada 10 Januari 2023 bertempat di Bilik Librarian Corner, Blok B PSAS.
 
Bengkel yang telah dihadiri oleh barisan pegawai dan staf BHEP ini diadakan khusus untuk membuat perancangan dan program-program yang bakal dijalankan pada tahun 2023. Di samping itu, bengkel ini juga dapat memberi panduan kepada setiap staf dan pegawai BHEP untuk menentukan sasaran kerja tahunan seiring dengan Pelan Strategik HEPA yang telah dibangunkan.
 
Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Abdullah Arshad dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Nuruliman Ibrahim kedua-duanya turut menyampaikan amanat beliau agar pengurusan BHEP pada tahun ini dapat dipertingkatkan lagi terutama dalam mengendalikan isu-isu kebajikan pelajar, keperluan pelajar OKU, perkhidmatan pengangkutan dan pemerkasaan bakat pelajar dalam semua bidang untuk melahirkan watak pelajar yang berdaya tahan dalam mendepani cabaran mendatang.
 
Selain daripada itu, beliau juga menyarankan kepada semua peserta bengkel agar dapat memberi input dan cadangan-cadangan yang terbaik dan berfokus dalam menambah baik perkhidmatan BHEP kepada universiti dan kepada pelajar khususnya.
 
Antara slot yang diadakan pada Bengkel Hala Tuju dan Perancangan Strategik (BHEP) 2023 ini adalah membuat persediaan yang lebih awal bagi program atau aktiviti yang susun dalam takwim tahunan bagi setiap seksyen & unit dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 11/01/2023 | Updated: 13/01/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcGAV~