Seramai 4 orang mahasiswa UPM iaitu saudara Adeib Danish bin Khailani dari Fakulti Kejuruteraan, Mohammad Hafizi bin Mappiasi, Fakulti Kejuruteraan, Megat Muhammad Ikhmal bin Aszemi, Fakulti Perhutanan & Alam Sekitar dan Abdul Hadi bin Mohd Azmi dari Fakulti Pengajian Pendidikan telah menerima bantuan peranti iaitu laptop yang diserahkan sendiri oleh En. Nuruliman bin Ibrahim iaitu Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
Manakala 2 lagi sumbangan alat peranti iaitu komputer riba telah dihantarkan kepada mahasiswa yang berada di rumah yang mana mereka ini sangat memerlukan peranti tersebut.
Terima kasih kepada
Yayasan Sukarelawan Siswa dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen
WAZAN UPM atas pemberian komputer riba ini kepada mahasiswa UPM yang memerlukan.
Kami mengalu-alukan pihak di luar sana memberi sumbangan khususnya peranti seperti komputer riba kepada mahasiswa UPM untuk meringankan beban mereka yang berada dalam kesusahan.
Date of Input: 22/11/2021 |
Updated: 22/11/2021 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING