Sabah, 1 Jun 2023 - 50 mahasiswa peserta Pertandingan Program Fotografi Jelajah Budaya Sabah 2023 dari seluruh universiti awam yang dianjurkan oleh Majlis Kesenian dan Kebudayaan Mahasiswa Kebangsaan (MAKMA), Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Pertandingan fotografi ini merakamkan kepelbagaian budaya dan etnik Sabah yang unik sebagai antara syarat lensa pertandingan ini.
Kesempatan untuk peserta pertandingan MAKUM ini terserlah sempena sambutan Pesta Kaamatan Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyerikan majlis ini.
MAKMA merupakan sekretariat pelajar di bawah MAKUM yang bertujuan memperkasakan kepemimpinan kebudayaan dan kesenian mahasiswa di seluruh negara.
Date of Input: 12/06/2023 |
Updated: 12/06/2023 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING