16 Apri 2020 – Yayasan Sime Darby Malaysia telah bermurah hati menyampaikan sumbangan makanan kering dengan anggran bernilai RM59,272.72. Sumbangan ini akan disampaikan kepada 1300 orang pelajar Universiti Putra Malaysia yang menginap di dalam kampus dan pelajar yang menginap di luar kampus dan termasuk 300 orang staf. Sumbangan ini amat bermakna terutama kepada pelajar disepanjang PKP – Covid 19.
Sumbangan makanan kering seperti, body wash, kotex, ubat gigi, sabun mandi, nestum, maggi, cintan noodles curry, biskut crem creaker, tepung, sardine, gula, bihun, mamee express cup, tea dan sabun basuh baju – bio zip.
Universiti Putra Malaysia mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yayasan Sime Darby di atas sumbangan tersebut. Sumbangan tersebut dapat membantu meringankan keperluan harian pelajar di sepanjang PKP. Penghantaran barangan sumbangan akan diedarkan sebelum Ramadan bermula dijadualkan pada 18 dan 19 April 2020.
Ditulis oleh
Pn. Zaleha Binti Othman
Penolong Pendaftar
Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, BHEP
Date of Input: 18/04/2020 | Updated: 05/08/2020 | mshahrul
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan